Jangan
sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia
jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan
sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan
menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali
kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan
belaka.
Jangan
sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana
sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan
sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam
hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana
paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan
sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan
musnah.
Tertariklah
pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum.
Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu
yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang
soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka
sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang
yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana
mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
No comments:
Post a Comment