Sunday 19 February 2012

Santai Minda #1

#Berapa banyak yang anda nampak ?




#Siapa yang anda nampak ?




#Pokok atau wajah ? Kira berapa ?




#Apa yang anda lihat ?




#Berapakah jumlah sebenar kapal layar tersebut ?




#Penonton @ rumah ?




#Berapa banyak rusa ?




#Berapa ramai ?


Kamu fikir2 sendiri arr jawapannya .
Hahaha .

Annoying Stupidity #2


#smart kan ? haha . tym buring2 ba saya buat ne . 
xda idea sudah . spontan jak la .
btw , XDA KENA MENGENA ANTARA YANG MASIH HIDUP ATAU SUDAH TIADA !!

Saturday 18 February 2012

Jangan Sesekali Memberi Harapan :)


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


10 Petanda Dia Jodoh Kita :)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




BFF Nyit2 :)


Sepa kenal dia ? 
Hahaha .
Dia bukan BF saya .
Tapi dia BFF saya .
Jan risau :)

Mau tau pasal dia ?
Dia ne bikin panas .
Hahaha .
Sorry pakcik . 
Bukan mengumpat arr ..
Sudah minta izin koe juga .

Ok2 .
Dia ne pun gila sama KOREA juga .
Dulu dia minat SoeHyun .
Sekarang dia minat IU ..

Hahaha .
Kenapa saya mau cakap pasal dia ?
Saja jak .
Sebab dia BFF saya .
:)
Harap2 xda yang jeles la arr .

Dengar2 dia ne tarerr add m3 .
Dengar2 jak la .
Maybe salah information .
Hahaha .

Tiap kali kami sms ,
malar ne pakcik bawa gaduh .
X boleh la x aman .. =="

E2 jak la dulu .
Nanti lagi b'gosip pasal dia .
Hahaha .
Kalau kamu mau no.hp dia , p fb jak .
Kasi inbox .
Hahaha .
Ok daaa~ 



Friday 17 February 2012

Sikulah sia~Kelas sia~ :)

Ok . Sebelum saya mau p buat kerja sana dapur .
Saya mau cerita sikit pasal classmate saya .
Jan risau . Semuanya pasal kebaikan juga .
:)



Stat dari hujung ya :)

Fiqah : Dia ne jenis yang open .. Apa2 jak cerita boleh masuk sama dia .. Dia ne masih single .. Last dia cakap sama saya .. "Kalau kamu nampak aku jalan sama lelaki nanti maksudnya laki aku la 2" .. Haha .. Insyaallah amin ..

Zue : Emm .. Dia ne lebih kurang sama dengan Fiqah .. Apa2 cer bleh masuk juga .. Haha .. Oh ya .. Dia ne presiden kelab Serasi sekolah .. Kalau kamu rajin bawa bekal .., kasitau jak dia .. Nanti kamu dapat hadiah .. Haha ..

Ct Amira : Dia pula dancer kelas kami .. X silap saya .., dia ada team dia sendiri .. Hebat kan ? .. Kalau tym kami ada projek sketsa .., dia la tukang buat skrip .. Walaupun kami ne malas mau praktis .., tapi sketsa kami gempak :) 

Nahirah : Ini urang lain sikit .. Walaupun malas mau baca buku .., tapi dia pandai :) Kamu tanya la dia kalau dia ada baca habis subjek sebelum exam .. Mesti dia cakap "mana ada aku baca" .. Tapi result dia smart .. Emm .. Dia ne paling susah la mau d ambil gambarnya .. Malu2 :) Haha ..

Atika : Saya rasa dia la paling pendiam dalam kelas .. X pernah saya dengar dia teriak d kelas .. Tapi jangan disangka ubi x berisi .. Dia ne pun hebat juga .. Haha ..

Haja : Penolong c azaliah ne .. Kadang2 dia rajin cari cikgu kalau cikgu lmbt masuk .. Tp kadang2 pndai dtg malas dia .. Haha .. Mau tau ? .. Di rumah dia paling banyak novel .. Semua novel2 yang kami baca 2 sumber dari dia la ..

Nazurah : Dia ne kazen saya .. 1st2 dia pendiam .. Memang la .. Malu2 :) Tapi last2 dia ok2 juga .. Dia ne rajin berusaha :) Kalau koe suruh dia buat kerja .., dia buat terus 2 .. N dia ne polis d kelas kami :) Haha ..

Nailah  : Dia pula minat dalam bidang kulinari .. Suka betul dia buat kek n manisan .. And yang paling penting .., dia ne kepala korea .. Semua drama n movie korea yang ada d lappy saya ne semuanya dari dia .. Haha .. Makaseh banyak2 ya :)

Panda : Woaahhh .. Dia ne kaki bising juga .. Haha .. Kalau dia sudah ketawa .............. Adeehhh .. Yang penting dia kiut .. Hahaha .. Kalau kamu ada prob .., bagitau jak dia .. Terus hilang 2 stress kamu :)

Atul : Ini jangan d cakap .. Rajin tidur d kelas .. Terutama tym kelas Add Math .. Sir Tan pun kenal betul sudah sama dia .. Haha .. Kaki bising juga dia ne .. Sama2 dengan c panda ..

Fadilah : Ini mama kucing .. Sayang betul dia sama kucing .. Dia pernah bagi aku kucing .. Tapi sayang .. X panjang umur 2 kucing :( .. Dia ne peminat Gaaraa~ Haha .. Alaaa .. Yang ada dalam naruto 2 ba .. Yang senjata dia pasir .. Hahaha ..

Teah : ==" Ini anak suka betul teriak .. Haha .. Kalau bab2 makeup .., kamu tanya la sama dia .. Dia paling suka makeup .. Haha .. 

Sue : Dia ne lain sikit .. Dia x suka masuk campur hal orang lain .. Tapi kalau dia sudah kena kasi sakit hati .., kamu b'tapuk la sana bawah meja .. Garang juga dia ne .. Haha .. Tapi dia baik ba .. Jangan risau .. Dia suka tulung kawan2 dia ne ..

Tiepa : Ada 2 d bawah ..

Jue : Dia ne jenis yang teratur .. Semua barang2 dia kemas .. Haha .. Dia ne ketua kebersihan kelas .. Kalau kamu x bertugas .., bayar la kamu RM 1 .. Haha .. Saya pun selalu juga bayar sama dia .. Last2 .., dia tuliskan jadual kami d meja .. Supaya xda yang lupa :) 

Meena : Emm .. Apa aaa ? .. Haha .. C meena ne bukan la budak pendiam .. Bising juga dia ne .. C jue yang suka kacau2 dia .. Haha .. 

Arny : Ne pun budak pandai juga ne .. Kalau dia pulang sekolah .., punya ringan beg dia .. Haha .. Apa xnya .. Banyak buku2 yang dia kasi tinggal d laci dia .. Haha ..

Rose : Dia x payah d cakap .. Paling bising d kelas .. Haha .. Tapi kalau dia sudah fokus belajar .., jan la kamu berani mau kacau :) 1 thing I like about her .., dia ne jenis yang nekad .. Kalau ada jak program luar melibatkan lari2 .., kami dua mesti ada .. Haha :)

I-shah : GiSeob !! Hahaha .. Minat korea juga ne .. Kalau dia sudah minat sama 1 artis .., jan la berani2 mau minat artis 2 juga .. Haha .. 

Erna : Woaaahhh .. Kalau dia sudah speaking .., t'diam kamu .. Punya laju .. Haha .. Yang paling best .., kamu baca la esei B.I dia .. Siuk .. Segala ninja2 masuk .. Dia paling minat sama Naruto ne .. Anime dia tetap no.1 ..

Myra : Ada d bawah ..

Azaliah : Ne ketua kelas kami .. Paling rajin la antara kami semua .. Kalau kena suruh hantar hwork .., dia la paling awal .. Xda sepa bleh lawan dia .. Haha .. Sejarawati ba ne ..

Kecik : Dia ne bukan kecik .. Besar juga .. Tapi sudah nama panggilan dia g2 .. Haha .. Dia ne jenis yang ceria :) Haha .. Cita2 dia mau jadi doktor .. Tapi malu2 :)

Farah : Dia ne jenis yang ceria juga .. Semua cerita pun bleh masuk .. Dia besfren sama c jue .. Haha .. Dia ne pandai b'debat .. Sepa2 mau lawan dia .., silakan :)

Saya : No komen :) Hahaha ..


Inilah serba sedikit kisah tentang kawan2 saya :)
Diorang semua kawan yang baik :)
Thanx kawan2 coz ajar saya erti persahabatan :)
I Miss U all :)
Kalau kamu mau kawen .., jan lupa kontek2 ya :)

--bersambung--








Puteri Sabahan :)

Ada dua gurl ne bestfriend saya :)

--> Nur Hanifah : Dia ne kembar saya .. Satu sekolah cakap kami kembar .. "kembar lain bapa lain mama" .. kalau kami cakap begitu .., terus orang bingung .. Haha! .. Kalau tym rehat .., makanan dia mesti "banjir" .. Dia beli mee ka nasi ka .. Mesti penuh sup di piring .. 


--> Hasmira : Ne lain sikit .. Suka mencubit .. Sakit lagi 2 kalau dia yang cubit .. Haha! .. Pastu suka buat muka serius .. Terutama tym subjek B.M .. kalau kami bising .., dia la tukang teriak suruh diam .. Kalau tym rehat pula .., jangan berani2 mau minta sup dia .. Punya pedas !!!! .. Lada dia punya banyak .. 


Banyak lagi kisah kami ne .. Tapi malas mau tulis panjang2 .. Mau jam 5 sudah .. Haha! .. Yang penting saya sayang diorang .. Walaupun ada kisah pahit antara kami .., ianya x dapat memutuskan persahabatan kami :) 



Kenangan sentiasa hidup dalam memori kami :)




Domo arigatou .., BESTFRIEND :) 

Thursday 16 February 2012

Annoying Stupidity #1



Using this things for the first time !! 
totally enjoy it :)
HAHAHA .

Lets Talk About Fashion :)

Which fashion do you like ?

Ok . I would like talk more about hijab :)
Simply Pretty :)

1.PASHMINA




2.HANA TAJIMA



3.Others




-->all of these pictures does not belong to me :)

pesanan MissA : berhati-hati dengan kecantikan diri :) tidak semua kecantikan ini membawa kebaikan .
jika ianya digunakan untuk jalan yang salah , maka ianya membawa keburukan :) 
Renung-renungkan .. MissA hanya ingin mengingatkan :)






Intro :)

This is a love story ?
And I will say 'yeah' :)

Anneyong haseyo :)
This is not my first time blogging .
For this blog , I'll share what's running in my mind .
If I'm going to keep all of these things ,
It'll destroy my nerve brain .
Haha . Kinda funny , right ?
But this is the reality .

Let us penetrate this journey :)
Have fun !